Sunday 14 October 2012

Proses Pembuatan Belacan Dari Udang Kering

 
 
Cara membuat belacan bermula dengan mendapatkan bahan mentah utama iaitu udang. Ia berbeza bagi setiap tempat iaitu di Melaka dan Kukup, Johor mereka menggunakan udang geragau manakala di Pulau Pinang dan di Sarawak dan Sabah mereka akan menggunakan udang kecil. Udang ini dibersihkan dari kekotoran seperti tanah, pasir, batu dan buang kulit kepala bagi udang yang agak besar dan keras untuk mendapatkan isinya. Gunakan garam berkualiti dari jenis Garam Halus yang bersih dan putih.
 
Secara tradisional kadar garam yang digunakan adalah sebanyak 10% daripada kuantiti isi udang yang hendak digunakan. Contohnya jika kita mempunyai sebanyak 50 kilogram udang maka sebanyak 5 kg garam halus digunakan untuk dapatkan belacan yang berkualiti.
 
Cara membuat belacan berbeza mengikut jenis udang dan teknologi pengeringan serta jenis alatan memproses yang digunakan. Di Melaka, pembuat mengaulkan bahan udang dengan garam halus sehingga rata. Susun atau letakkan udang yang telah dicampur garam diatas lantai jemuran (Nyiru atau tikar pandan yang sesuai) setebal 1.0-1.5 cm. Udang ini dijemur sehingga menjadi separuh kering.
 
Langkah seterusnya adalah untuk mengisar udang bergaram separuh kering tadi sehingga separuh hancur dengan sedikit air. Ada yang menumbuk dalam lesung jika tiada mesin kisar (Kaedah Tradisional). Kemudian campuran tadi dimasukkan kedalam kain dan dimasukkan kedalam bekas atau tong dan ditindih dengan pemberat untuk mempadatkannya dan diperam selama satu minggu ditempat sesuai.
 
Selepas dipadatkan selama satu minggu keluarkan dari bungkusan kain dan jika masih agak basah jemur lagi. Kemudian campuran tadi dikisar sekali lagi sehingga mendapatkan ramuan yang lebih halus dan ulang semula membungkus dalam kain dan dipadatkan dan diperam selama seminggu lagi. Setelah itu ulang cara tersebut beberapa kali dan proses pembentukkan belacan dibuat sama ada Bentuk Bulat Leper (diameter antara 20 - 50 cm dengan ketebalan 1.5 - 3.0 cm) atau bentuk bongkah.
 
Jemur belacan ini sehingga agak kering dan sesuai untuk dibuat penggreddan dan seterusnya dibungkus, di label dan boleh dipasarkan. Keseluruhan proses membuat belacan adalah antara 3 minggu (proses mudah) sehingga 8 minggu (menggunakan bahan udang besar) dan bergantung kepada jenis peralatan untuk memproses yang digunakan.

Sunday 7 October 2012

Mengapa Udang Kering Sabah?

 
Sabah memang terkenal dengan seafoodnya yang majoriti mengatakan adalah murah berbanding di Semenanjung, walaupun tidak semua bersetuju dengan perkara ini.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sekilogram bagi makanan laut seperti udang kering dan ikan bilis adalah ternyata jauh lebih murah di Sabah jika dibandingkan dengan Semenanjung. Perbezaan harga boleh mencecah sehingga RM 15 sekilogram. Bayangkan jika para peniaga dapat menjimatkan kos untuk bahan ini.

Selain itu, udang kering Sabah mempunyai kualiti yang lebih baik dan lebih cantik. Udang kering di kawasan Kuala Lumpur kebanyakannya kecil, hancur dan tidak berapa cantik. Komen dan pandangan dari para pembaca/peniaga amatlah dialu-alukan.

Friday 5 October 2012

Ikan Bilis

Contoh Ikan Bilis Sabah


Ikan bilis yang kami bekalkan dibawa dari Kota Kinabalu dan harga sekilogram adalah seperti di bawah:


Ikan bilis Gred A       : RM 25 sekilogram
Ikan bilis Gred biasa : RM 22 sekilogram

Harga pasaran di sekitar Kuala Lumpur adalah sekitar RM 33 - RM 36 sekilogram.

Harga di atas sudah termasuk kos penghantaran untuk membawa masuk ikan bilis tersebut dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan untuk makluman, kami menanggung 50% dari kos tersebut kerana sebagai peniaga, kami juga faham akan bebanan kos yang akan mempengaruhi keuntungan di dalam perniagaan.

Bagi pembeli/peniaga yang membuat tempahan dalam kuantiti 100 kg atau lebih, atau pembeli/peniaga yang mahu membuat pesanan pembelian tetap secara bulanan, Insya-Allah harga boleh dirunding lagi.

Kami akan membuat penghantaran dalam masa 1-3 hari selepas menerima tempahan dan tiada tempahan minimum dikenakan dan pembayaran adalah COD (Cash on Demand). Tempahan dalam kuantiti yang kecil juga tiada masalah.

Kami menghantar di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Tempahan di kawasan lain boleh diuruskan.

Sebarang urusan tempahan, sila hubungi/sms saya di 012-6976020.

Wassalam.

*Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di bawah

Udang Kering

Contoh Udang Kering Sabah



Udang kering yang kami bekalkan dibawa dari Kota Kinabalu dan harga sekilogram adalah seperti di bawah:
Udang kering Gred A        : RM 35 sekilogram
Udang kering Gred B        : RM 30 sekilogram
Udang kering Gred C        : RM 25 sekilogram
Harga pasaran di Lembah Klang adalah sekitar RM 45-RM 60 sekilogram.

Harga di atas sudah termasuk kos penghantaran untuk membawa masuk udang tersebut dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dan untuk makluman, kami menanggung 50% dari kos tersebut kerana sebagai peniaga, kami juga faham akan bebanan kos yang akan mempengaruhi keuntungan di dalam perniagaan.
Bagi pembeli/peniaga yang membuat tempahan dalam kuantiti 100 kg atau lebih, atau pembeli/peniaga yang mahu membuat pesanan pembelian tetap secara bulanan, Insya-Allah harga boleh dirunding lagi.
Kami akan membuat penghantaran dalam masa 1-3 hari selepas menerima tempahan dan tiada tempahan minimum dikenakan dan pembayaran adalah COD (Cash on Demand). Tempahan dalam kuantiti yang kecil juga tiada masalah.
Kami menghantar di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Tempahan di kawasan lain boleh diuruskan.
Sebarang urusan tempahan, sila hubungi/sms saya di 012-6976020.
Wassalam.

*Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di bawah